Monday, January 16, 2012

Jodoh, jangan berptutus asa!

Mencari jodoh bukannya mudah. Kadangkala bila sudah berkenan, ada pula yang menjadi halangan. Tetapi itu bukan bermakna kita perlu berhenti mencari dan berputus asa. Tidak! Kita perlu berusaha untuk mencari dan bertawakal kepada-Nya. Mungkin ada sebab kenapa Allah belum memberikan jodoh kepada kita. Mungkin sahaja kerana orang yang kita temui bukan yang telah tertulis untuk diri kita.

Baru tadi, selesai sudah aku menonton filem Ketika Cinta Bertasbih 2, dari situlah aku dapat pengajaran bahawa untuk mencari pasangan hidup bukannya mudah. Semua kriteria perlu diambil kira, dari pendidikan, rupa paras juga keluarga. Melihatkan kesungguhan Azzam mencari calon isteri buat dirinya, sudah beberapa kali dia terlepas, dan hampir sahaja dia putus asa. Namun, apabila sudah sah menjadi tunangannya, dugaan mendatang. Sudah diktakdirkan bukan Vivi itu jodohnya, akhirnya dia bertemu cinta jua dengan Anna, wanita yang disukai semasa bertemu di Mesir.

Jadi, ingin kuterapkan pengajaran itu ke dalam hidup aku mungkin juga kamu semua. bagi yang sedang mencari, jangan berputus ada. Allah lebih tahu bila waktu yang terbaik untuk kita menamatkan zaman solo. Mungkin sahaja ini bukan masa yang sesuai buat kita untuk mencari cinta kerana mungkin cinta kita kepada-Nya masih rapuh dan goyang, macam mana kita hendak memberi cinta kepada seorang lelaki yang bergelar suami sedangkan kita sendiri belum cukup mencintai Pencipta kita. Tapi jangan ditinggal terus mencari jodoh, dalam mencari kita teruskan belajar untuk membaiki diri kearah yang lebih baik. Mudah-mudahan akan bertemu cinta jua akhirnya. Allah kan lebih tahu sama ada hamba-Nya ini sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab ataupun belum. Jadi segalanya, kita serahkan sahaja pada takdir.

Insha Allah, sediakan diri yang terbaik, untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup ini. Jika tidak terbaik sekalipun dimata orang lain, tetapi itu adalah yang terbaik Allah berikan kepada kita.

Mencintai seseorang dalam diam juga adalah bagus tetapi jangalah sampai kita terlupa akan cinta yang lebih utama dan agung. Mudah-mudahan cinta yang tidak diuar-uarkan kepada sesiapa bakal menjadi milik kita. Teringat aku mengenai kisah cinta yang diceritakan oleh Ustazah Muhayang. Katanya, ada si gadis yang jatuh cinta kepada sang pemuda. Namun, cintanya itu tidak dihebahkan ke semua orang. hanya dia dan Allah. Lalu, pada suatu hari, ada suatu rombongan datang ke rumahnya, tanpa disangka-sangka, orang yang datang meminang itu ialah sang pemuda itu. Bersyukur dia kehadrat Illahi kerana mengurniakan anugerah yang indah sekali.

Jadi buat insan yang sedang mencari, jangan berputus asa dalam mencari, juga carilah jalan menuju cinta yang Agung terlebih dahulu. insha-Allah, pasangan kita sedang setia menanti saat yang telah Allah takdirkan waktunya

Ya ALLAH, berikanlah kami jodoh yang terbaik dari sisi-Mu. Amin.

(post yang ditulis setahun lepas, tapi lum ada masa nak post)

No comments:

Post a Comment